Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah menyempurnakan Majlis Penutupan Program Kembara Sarawak Bertadarus Lembaga Pelabuhan Bintulu 2024 di Masjid Al-Ghazali, Kuching pada Khamis. Foto, Faitullah Morni (TVS)

Program Kembara Sarawak Bertadarus disambut baik di seluruh negeri

ByYusuf Shukri

KUCHING, 29 Mac: Program Kembara Sarawak Bertadarus yang julung kali disambut baik oleh masyarakat di seluruh negeri.

Menurut Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB), Mizool Amir Mat Drus, sebanyak 800 orang peserta telah mengambil bahagian di kesemua lima lokasi program kembara tersebut iaitu Limbang, Bintulu, Kapit, Sri Aman dan Kuching.

Anjuran bersama antara LPB dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), program itu diadakan untuk mengimarahkan masjid, menggalakkan penghayatan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan di samping memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sebenarnya program ini merupakan aspirasi Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah yang mahu pihak kami mengadakan program di luar kawasan Bintulu kerana LPB mempunyai kemampuan tersebut.

Kembara Sarawak bertadarus terima sambutan luar biasa.

“Pada bulan Ramadhan, kita sering didendangkan dengan program seperti Musabaqah, Tilawah al-Quran tetapi masih belum ada program yang membudayakan pembacaan kitab suci tersebut.

“Daripada perbincangan itulah kita mengambil kesempatan untuk mengadakan program Kembara Sarawak Bertadarus ini dalam skala yang saya kira amat besar untuk kali pertama ia diadakan,” katanya dalam satu temu bual bersama dengan TVS.

Selain bertadarus, solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat Sunat Terawih, pihak penganjur juga menyantuni golongan asnaf, saudara baru dan golongan-golongan lain yang memerlukan bantuan terutamanya dalam bulan Ramadan.

Program ini juga kata beliau banyak melibatkan penduduk setempat dari pelbagai latar belakang, daripada Qari dan Qariah masjid sehinggalah ke pihak agensi kerajaan di kawasan masing-masing.

“Ini merupakan objektif sampingan untuk merapatkan ukhwah di dalam komuniti setempat.

“Kami berharap program ini dapat menjadi pencetus epada program yang akan datang yang memberikan manfaat kepada seluruh umat islam di negeri sarawak khususnya,” tambah Mizool lagi.

Di samping itu juga, beliau mengalu-alukan penyertaan agensi swasta dan kerajaan untuk bersama melaksanakan program-program yang memberikan manfaat kepada masyarakat secara amnya pada masa akan datang.

Program Sarawak Bertadarus ini kata Mizool akan diteruskan dan kemungkinan besar akan dipanjangkan ke kawasan yang tidak dikunjungi dalam tahun ini.

“Selepas ini, mungkin kami akan ke 10 kawasan yang baharu dan Insha-Allah mungkin akan bekerjasama dengan pihak-pihak lain selain daripada JAIS untuk menjayakannya, kita tunggu dan lihat,” tambah beliau lagi.

Antara lokasi masjid untuk Program Kembara Sarawak Bertadarus 2024 adalah Masjid Besar Limbang, Limbang; Masjid Kampung Penan Muslim, Bintulu; Masjid Daerah Kapit, Kapit; Masjid Bandar Sri Aman, Sri Aman dan Masjid Al-Ghazali, Kuching.

Kembara ini juga turut menyantuni penghuni dan pegawai di penjara Sri Aman, Bintulu dan Limbang dengan mengagihkan bubur lambuk dan bubur pedas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan