Search
Close this search box.
Lima pelajar lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kes buli seorang pelajar tingkatan dua di salah sebuah sekolah menengah berasrama di sini, semalam. Foto fail Bernama

Kes buli: Lima pelajar ditahan di Mukah

MUKAH, 29 Mac: Lima pelajar tingkatan lima ditahan untuk membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Mohamad Rizal Alias berkata, kesemua remaja lelaki berumur 17 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Menurut Muhamad Rizal, pihaknya menerima laporan kes terbabit pada 27 Mac lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 506, 377 CA dan 323 kanun keseksaan.

“Berdasarkan laporan, kejadian pertama berlaku di dorm asrama lelaki pada 25 Mac kira-kira jam 9.30 malam apabila mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua dicederakan di bahagian dada dan belakang badan oleh beberapa orang pelajar senior,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu ujarnya, suspek menuduh mangsa menghilangkan seluar mereka yang dibasuh oleh mangsa.

“Kejadian kedua berlaku pada 26 Mac kira-kira jam 9.30 malam di tempat yang sama sekali lagi mangsa dicederakan secara
fizikal di bahagian dada, perut dan kemaluan,” jelasnya.

Mohamad Rizal berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Susulan itu katanya, pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas berdasarkan peruntukan undang-undang terhadap mereka yang rerlibat dengan kes terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan