Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Datuk Rubiah Wang semasa sesi memperkenalkan Produk Berasaskan Sacha Inchi Keluaran KIUB di Bazaar Ramadhan Summer Mall Kota Samarahan pada Jumaat. Foto TVS.

Agensi, NGO diseru bantu usahawan tingkatkan mutu perniagaan, produk – Rubiah

KOTA SAMARAHAN, 29 Mac: Agensi dan pertubuhan yang berkaitan dengan usahawan di negeri ini di minta agar menyediakan latihan sebagai usaha mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Datuk Rubiah Wang juga mahu badan bukan kerajaan (NGO) seperti Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Koperasi Inovatif Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KIUB) turut tampil membantu, mengemas kini data serta menambah jumlah populasi usahawan di Sarawak.

“Saya mengharapkan dua agensi NGO besar usahawan DUBS dan juga kIUB membantu mengemaskini data meningkatkan jumlah populasi usahawan dan membantu usahawan-usahawan yang terpinggir.

“Banyak usahawan-usahawan terpinggir mereka dah jadi usahawan di Samarahan sudah ada yang lebih 10 tahun tetapi masih keadaannya masih sama sahaja dan sebab itulah kita perlu ada cara bagaimana kita nak membangunkan mereka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi memperkenalkan Produk Berasaskan Sacha Inchi Keluaran KIUB di Bazaar Ramadhan Summer Mall Kota Samarahan pada Jumaat.

Produk tersebut menurutnya merupakan produk keluaran KIUB menjadi antara pemangkin kepada usaha membangunkan usahawan pertanian melalui tanaman sacha inchi.

Rubiah berkata, kementerian kemajuan desa dan wilayah (KKDW) akan terus berkerjasama dengan KIUB agar program-program pembangunan kecil menfokuskan Sacha Inchi dapat dibawa bagi produk ini mencapai pengeluaran yang lebih besar selain menerokai lagi produk itu dengan lebih mendalam.

Katanya, KIUB kini sedang berada di landasan tepat dalam memberikan fokus kepada produk berkenaan agar setiap aspek penting seperti pembungkusan dan mendapatkan pengiktirafan sijil halal diselesaikan.

Setakat ini, KIUB telah menghasilkan sebanyak enam produk berasaskan sacha inchi iaitu Teh Sacha Inchi, Kopi Sacha Inchi, minyak Sacha Inchi, Krim Luka Sacha Inchi, Balm Sacha Inchi dan Minyak Panas Sacha Inchi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan