Search
Close this search box.
Peguam Kanan Negeri, Nur Azhar Bujang hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto UKAS.

Nur Azhar angkat sumpah Setiausaha DUN Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 28 Mac: Peguam Kanan Negeri, Nur Azhar Bujang hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

DUN Sarawak menerusi kenyataan hari ini memaklumkan majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Aras 7 Bangunan DUN Sarawak sekitar jam 10 pagi tadi.

Nur Azhar, 39, menggantikan Pele Peter Tinggom, 53, yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 5 Mac lepas.

Kenyataan itu turut mendedahkan berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada 2009, Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada 2010 daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sejurus itu, beliau memulakan kerjayanya di sebuah firma guaman swasta di ibu negara sebelum kembali ke tanah air untuk menyertai perkhidmatan awam negeri sebagai Pegawai Undang-Undang di Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.

“Anak jati Kuching itu kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Undang-Undang dalam Harta Intelek dan Ekonomi Digital di University of Glasgow Scotland,” kata kenyataan berkenaan.

 

menandatangani watikah pelantikan sebagai Setiausaha DUN Sarawak sejurus selepas mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dengan disaksikan Timbalan Speaker DUN Sarawak Dato Idris Buang, Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Saferi Ali, dif-dif kenamaan serta kakitangan-kakitangan DUN Sarawak.

Nur Azhar menggantikan mantan Setiausaha DUN Sarawak, Pele Peter Tinggom, yang dilantik sebagai Senator di Dewan Negara dan telah mengangkat sumpah pada 5 Mac lalu.

Pelantikan Pele, 53, yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 5 Mac sehingga 4 Mac 2027.

Nur Azhar yang merupakan anak kelahiran Kuching mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 2009, Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 2010 masing-masing daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dalam Harta Intelek dan Ekonomi Digital di University of Glasgow, Scotland.

Kenyataan turut memaklumkan, Nur Azhar merupakan salah seorang barisan peguam yang mengendalikan kes berprofil tinggi mewakili Kerajaan Sarawak.

Selain litigasi, beliau juga terlibat dalam proses penggubalan undang-undang, bahagian nasihat dan mewakili kerajaan negeri dalam rundingan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan