Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan cek kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Cek Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Bagi Bahagian Kuching di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

MUDeNR serah geran MRP berjumlah RM218,000 kepada 30 organisasi

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 Mac: Seramai 30 penerima terdiri daripada agensi, pertubuhan dan persatuan menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM218,000 daripada Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR) hari ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peruntukan khas tambahan itu diberikan kepada penerima yang beroperasi di Bahagian Kuching.

“Saya harap anda semua menggunakan peruntukan ini sebaik-baiknya dengan melaksanakan pelbagai aktiviti bersama ahli-ahli agar dapat memberi manfaat untuk persatuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Bagi Bahagian Kuching di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya di sini, hari ini.

Awang Tengah menjelaskan, geran itu seharusnya diserahkan kepada para penerima pada tahun lepas namun tidak sempat disampaikan susulan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Antara organisasi yang menerima adalah Sarawak Backbenchers Club, Persatuan Tinju Amatur Negeri Sarawak, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan, Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak, Kelab Kakitangan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Kelab Sukan dan Rekreasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Kelab Kebajikan Kakitangan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Kelab Kakitangan Jabatan Premier Sarawak, Kelab Rekreasi Imigresen Sarawak, Persatuan Sukan dan Kebajikan Bomba Sarawak dan Kelab Penerangan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan