Search
Close this search box.
Kebakaran hutan di Kuala Baram, Miri berjaya dikawal apabila 90 peratus daripada 40 hektar berjaya dipadam. Foto TVS

90 peratus daripada 40 hektar hutan terbakar di Kuala Baram berjaya dipadam

MIRI, 28 Mac: Kira-kira 90 peratus daripada 40 hektar hutan di Kuala Baram yang terbakar berjaya dipadamkan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi lain berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan yang lebih luas dan menyebabkan pencemaran udara.

“Kita telah merujuk gambar diambil dron yang menunjukkan sebahagian besar kebakaran berjaya dipadamkan,” katanya sejurus taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak di sini, hari ini.

JBPM menerima panggilan kecemasan pada Khamis lalu tentang kebakaran hutan dan belukar di Kuala Baram.

Selain JBPM, operasi tersebut turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Polis DiRaja Malaysia dan Naim Cendera Sendirian Berhad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan