Search
Close this search box.
Adrian dikerumuni pemberita bagi mendapatkan maklimat mengenai bengkel yang dibatalkan akibat kebakaran kecil. Foto TVS.

Rabies: 20 kes dikesan pada bulan ini, vaksinasi tidak capai sasaran

KUCHING, 27 Mac: Sebanyak 20 kes wabak Rabies dikesan di seluruh Sarawak pada bulan ini, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datu Dr. Adrian Susin Ambud.

Menurutnya, kesemua kes merangkumi 17 kes di Kuching, tujuh kes di Padawan, empat kes masing-masing di Bau dan Samarahan, Serian (tiga kes), Lundu (dua kes), satu kes juga masing-masing Tebedu dan Sri Aman.

“Terdapat 20 kawasan ini telah dikenal pasti dan telah kita peroleh sampel haiwan yang dijangkiti wabak Rabies.

“Saya merayu kepada penduduk di seluruh Sarawak untuk datang ke program vaksinasi dan membawa anjing untuk divaksinkan.

“Jika tidak dapat hadir pada program tersebut, boleh mendapatkan vaksin dimana-mana Pejabat Veterinar pada waktu pejabat,” katanya.

Adrian berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Rabies 2024 di sini, pada Rabu.

Menurutnya jumlah anjing yang divaksinasi masih rendah menjadi punca kepada kewujudan beberapa kes baharu wabak tersebut.

Adrian mendedahkan ketika ini sasaran berada di tahap rendah iaitu 70 peratus daripada sasaran imuniti kelompok.

Pihaknya mendapati keengganan pemilik anjing memberikan kerjasama dalam mendapatkan vaksin tersebut antara faktor peningkatan kes baharu ketika ini.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan