Search
Close this search box.
William Leong (kiri) dan Khoo Poay Tiong hadir pada sidang media di Parlimen hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Parlimen: Anggota imigresen di lapangan terbang dicadangkan pakai kamera badan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi mencadangkan pemakaian kamera badan pada anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di lapangan terbang yang terlibat denganĀ  pengendalian notis penolakan masuk (NTL).

Pengerusinya William Leong Jee Keen berkata selain itu turut dicadangkan supaya syarikat penerbangan harus mengendalikan prosedur NTL tanpa melibatkan pihak ketiga.

“(Ini) kerana tidak selari dengan amalan antarabangsa dan undang-undang sedia ada selain menyukarkan pemantauan oleh agensi kerajaan.

ā€œJawatankuasa telah membentangkan Penyata Isu berkaitan Undang-undang Imigran Larangan dan Prosedur Pengendalian NTL dalam sidang Dewan Rakyat kali ini,” katanya pada sidang media hari di Parlimen hari ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, jawatankuasa berkenaan menumpukan insiden membabitkan aduan pelancong yang mereka dibawa ke ‘bilik hitam’ di lapangan terbang, ditahan serta diminta bayar wang.

“Itu yang kita hendak fokus supaya insiden berkenaan dapat diatasi. Kita juga syorkan pegawai di sana supaya ditukar setiap tiga hingga tiga hingga enam bulan.

“(Ini kerana) kita masih terima aduan, mereka (pelancong) datang (dakwa) ditahan empat hingga lima jam, jadi kita hendak kurangkan insiden berkenaan, kita juga hendak berlaku adil kepada semua pihak termasuk pegawai JIM, jadi pakailah body camera,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan