Search
Close this search box.
Insiden tumpahan minyak yang berlaku di Jalan Kulas semalam membongkar taktik penyelewengan minyak diesel menggunakan lori tanah. Foto PDRM

‘Kantoi’ seleweng minyak diesel guna lori tanah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 27 Mac: Insiden tumpahan minyak yang berlaku di Jalan Kulas semalam membongkar taktik penyelewengan minyak diesel menggunakan lori tanah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Superintendan Bingkok John berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori terbabit menemukan tangki yang sarat dengan muatan minyak diesel.

“Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching bersama anggota Balai Polis Satok telah membuat pemantauan dan kawalan lalu lintas di lokasi tumpahan minyak berlaku.

“Tindakan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu lori tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook JSPT Sarawak semalam.

Terdahulu, polis menerima aduan daripada orang awam sekitar jam 4 petang semalam mengenai lori yang membawa minyak diesel disyaki diseleweng, menyebabkan tumpahan minyak di Jalan Kulas.

Insiden tersebut mendapat perhatian warganet di laman sosial dan rata-rata mereka beranggapan minyak tersebut merupakan minyak hitam yang tumpah dari lori tanah disebabkan oleh kebocoran enjin.

Pemandu lori telah ditahan bersama lori berkenaan untuk tindakan lanjut pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan