Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang ketika menghadiri sesi Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Negara: Sarawak terima peruntukan RM110 juta untuk projek Jalan Perhubungan Desa

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Sebanyak lapan projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) telah diluluskan untuk Parlimen Sarikei sehingga 12 Mac tahun ini.

Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang memaklumkan, kesemua projek itu menelan kos sebanyak RM2.2 juta.

“Bagi tahun ini, sejumlah RM310.96 juta telah diperuntukkan bagi program JPD di seluruh negara dengan RM110 juta disalurkan kepada Sarawak.

“(Untuk makluman) sebanyak RM6.35 juta juga diluluskan untuk melaksanakan 15 projek JPD di Parlimen Sarikei, pada tahun lepas,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Rubiah menjawab soalan Senator Roderick Wong yang ingin tahu jumlah projek naik taraf JPD yang telah dilaksanakan pada 2023 dan projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini di Sarikei.

Dalam pada itu, Rubiah memaklumkan permohonan JPD baharu akan dipertimbangkan sekiranya menepati skop projek.

“Kementerian sentiasa komited untuk melaksanakan pembinaan infrastruktur asas di luar bandar seperti pembinaan JPD bagi kemudahan penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan