Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan dua daripada tiga hab CCUS yang disasarkan dalam Pelan NETR berada di Sarawak.Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Sarawak teraju CCUS Malaysia, miliki dua hab berskala mega

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 27 Mac:  Sarawak muncul sebagai wilayah peneraju dalam industri Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Malaysia ketika ini.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ini berikutan dua daripada tiga hab CCUS yang disasarkan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) menjelang 2030 berada di Sarawak.

“Dua daripada hab tersebut akan dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dengan Petronas.

“Menjelang 2050, kapasiti penyimpanan dijangka akan bertambah kepada 40 hingga 80 juta metrik tan setahun,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Jawan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Hanifah Hajar menjawab soalan Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli yang ingin tahu perkembangan terkini kerajaan dalam memastikan industri CCUS dapat dilaksanakan selari dengan agenda NETR dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030.

Sementara itu beliau memaklumkan, Kementerian Ekonomi telah menganjurkan Persidangan CCUS Malaysia pada November 2023 di Putrajaya.

“Persidangan ini bertujuan untuk mengumpul input dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan mengenai mekanisme kawal selia, pembangunan industri dan teknologi yang bersesuaian serta menanda aras pelaksanaan CCUS di beberapa negara,” katanya.

Tambah Hanifah, penganjuran beberapa sesi libat urus dan dialog juga diadakan bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Kerajaan Sarawak, pemain industri minyak dan gas serta wakil daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan bagi mendapatkan input pelaksanaan inisiatif CCUS dalam negara.

Berkenaan soalan tambahan sama ada Malaysia akan bekerjasama dengan negara jiran dalam sektor berkenaan, Hanifah memaklumkan, buat masa ini kerajaan mendahulukan kepentingan negara.

“Untuk rentas sempandan, jauh lagi pandangan kita namun pelaburan negara lain amat penting kerana melibatkan pelaburan tinggi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan