Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan ketika ini perkhidmatan klinik kesihatan bergerak disediakan untuk penduduk Kampung Data Kakus, Tatau. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Pembinaan klinik di Kampung Data Kakus, Tatau berdasarkan keperluan

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan permohonan pembinaan klinik statik di Kampung Data Kakus, Tatau, Sarawak.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, projek berkenaan bagaimanapun bergantung kepada keperluan penduduk di situ.

“Buat masa ini, KKM berpandangan bahawa di kampung itu belum sesuai untuk dibangunkan sebuah klinik kesihatan memandangkan populasi penduduknya yang sangat kecil, berselerak dan terpencil.

“Pembinaan klinik kesihatan di kawasan seperti itu akan menjurus kepada penggunaan sumber yang terhad secara tidak optimum,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit mengenai cadangan pembinaan klinik kesihatan di Kampung Data Kakus, Tatau yang masih belum mempunyai kemudahan berkenaan.

Sementara itu Lukanisman memaklumkan perkhidmatan kesihatan melalui Pasukan Kesihatan Bergerak disediakan setiap bulan kepada 920 penduduk di kawasan itu.

“Selain itu, penduduk juga boleh mendapatkan perkhidmatan di Klinik Kesihatan (KK) Belaga dan KK Sungai Asap,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan