Search
Close this search box.
KKM melaksanakan pelbagai insentif, inisiatif dan strategi bagi membendung isu tekanan melampau (burnout) yang dihadapi oleh petugas kesihatan. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Elaun tambahan, pusingan kerja antara langkah KKM bendung ‘burnout’

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan strategi bagi membendung isu tekanan melampau (burnout) dihadapi oleh petugas kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, antaranya termasuk insentif elaun tambahan seperti Elaun Tugas Atas Panggilan, Elaun Lokum atau Elaun Pembedahan Elektif bagi Pegawai Perubatan yang bertugas di luar waktu pejabat.

“Bagi anggota kesihatan dalam Kumpulan Pelaksana, mereka boleh dibayar Elaun Lebih Masa.

“Manakala bagi anggota yang tidak boleh menuntut elaun tambahan ini, mereka boleh menuntut kemudahan Cuti Gantian,” katanya dalam Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Juhanis Abd Aziz menegenai usaha KKM untuk melindungi kebajikan petugas hospital awam yang terlalu letih akibat terpaksa bekerja lebih masa berikutan isu kekurangan petugas di hospital awam.

Tambah beliau, fasiliti kesihatan KKM juga perlu mengatur penjadualan bekerja anggota dengan sebaik mungkin dan mengagihkan beban kerja secara saksama serta masa rehat yang mencukupi.

“Langkah pelaksanaan penjajaran perjawatan atau pusingan kerja antara kakitangan dapat mengurangkan isu tempoh bekerja yang terlalu lama dan secara tidak langsung dapat mengurangkan isu burnout,” tambah Lukanisman.

Langkah ini juga selain pengambilan lantikan tetap dan kontrak, khususnya melibatkan pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai pergigian dan anggota paramedik.

“Melalui pengambilan ini, pertambahan beban tugas di fasiliti kesihatan KKM dapat diagihkan dengan lebih berwajaran antara kakitangan kesihatan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan