Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama yang lain merakam kenangan selepas sidang media Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1445H / 2024M. Foto TVS.

TYT, Premier sempurnakan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di Samarahan, esok

KUCHING, 26 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bakal menyempurnakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di Masjid Al-Muttaqin Bahagian Samarahan, pada esok (27 Mac).

Majlis turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, seramai 2,000 tetamu dijangka menghadiri sambutan bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’ itu.

“Mereka yang hadir terdiri daripada 200 orang terdiri daripada tetamu-tetamu kenamaan serta 1,600 jemputan lain melibatkan ketua-ketua masyarakat, kakitangan kerajaan negeri dan persatuan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Akhir Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1445H / 2024M di Kuching pada Selasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan