Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakamkan kenangan bersama rombongan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diketuai oleh Pengarah Lembaga Hasil dalam Negeri Sarawak,Vijayen Nagalingham di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto TVS

Perkasa kerjasama dengan Sarawak, LHDN dapatkan pandangan Tun Pehin Sri Wan Junaidi

KUCHING, 26 Mac: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapatkan pandangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkaitan hala tuju kerjasama antara agensi itu dan Kerajaan Sarawak.

Perkara itu didedahkan pengarahnya, Vijayen Nagalingham ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di balai mengadap utama di Astana Negeri Sarawak.

“Tidak ada isu yang spesifik yang dibincangkan. Ia lebih kepada perkongsian dan pengalaman Tun serta mengenai pandangan beliau dari segi perundangan kerana Tun ini mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam perundangan.

“Kita juga turut mendengar nasihat dan saranan bagaimana kita boleh beri perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di balai mengadap utama di Astana Negeri Sarawak.

Vijayen berkata, kunjungan hormat itu adalah untuk menentukan hala tuju LHDN dalam meningkatkan mutu serta kecekapan perkhidmatan kepada rakyat sarawak.

“Sarawak mempunyai geografi yang cukup luas berbanding Semenanjung Malaysia.

“Jadi kita memerlukan kesabaran dan kecekapan untuk memberi perkhidmatan terbaik khususnya dalam mencapai rakyat-rakyat di kawasan pedalaman,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan