Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Iban yang berusia 11 tahun dilaporkan hilang di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkudu, Saratok, awal pagi tadi. Foto, Bomba

Neelofa ‘hilang’ di Saratok

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 26 Mac: Seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Iban dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di dalam bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkudu, Saratok, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Kho Boo Jang berkata, kanak-kanak dikenali sebagai Neelofa Entira Entegang, 11, dilihat kali terakhir berada di dalam Kelas Tahun 5 sementara menunggu sarapan pagi sekitar jam 5.50 pagi.

“Pada jam lebih kurang 5.55 pagi, (Neelofa) telah tiada tanpa memberitahu ke mana dia pergi.

“Pengadu, iaitu bapa kepada mangsa tidak tahu ke mana anak beliau pergi sehingga laporan (kehilangan anaknya) dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima aduan pada jam 8.27 pagi oleh bapa mangsa tentang kehilangan kanak-kanak berkenaan, hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Boo Jang, ketika kejadian, mangsa yang bertubuh kecil memakai pakaian seragam sekolah yang berwarna biru tua dan selipar berwarna oren.

Menurutnya, agensi yang terlibat dalam pencarian kanak-kanak hilang itu termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

“Maklumat telah diambil daripada pihak sekolah dan ahli keluarga mangsa. Taklimat bersama agensi lain yang terlibat dilakukan sebelum memulakan operasi pencarian.

“Kawasan pencarian bermula dari radius 1 kilometer (km) sehinggalah ke radius 2km ke seluruh kawasan sekeliling SK Engkudu, iaitu bermula daripada tempat orang hilang tersebut,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan