Search
Close this search box.
Tourism Malaysia dengan kerjasama Medical Healthcare Travel Council (MHTC) terus memperhebatkan usaha promosi industri pelancongan kesihatan negara dengan menganjurkan pelbagai acara. Foto hiasan Envato.

Dewan Negara: Perkhidmatan hospital swasta Sarawak dipromosi di China, Singapura

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Tourism Malaysia dengan kerjasama Medical Healthcare Travel Council (MHTC) terus memperhebatkan usaha promosi industri pelancongan kesihatan negara dengan menganjurkan pelbagai acara.

Timbalan Menteri  Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, promosi telah diadakan di pasaran Asia Tenggara seperti di Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina selain Bangladesh dan China.

Kata beliau menerusi kerjasama MHTC dan wakil-wakil hospital yang berdaftar menyertai pameran kesihatan di Jakarta, Surabaya, Bandung, Medan, Makassar (Indonesia) dan Brunei serta roadshow di Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Fuzhou, China.

” (Selain itu) seminar pelancongan kesihatan turut diadakan di Singapura. Lawatan suai kenal juga dianjurkan bagi melawat hospital Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan Penggulungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara di sini hari ini.

Sementara itu, Khairul Firdaus berkata, MOTAC melalui Kraftangan Malaysia juga menyambut baik cadangan serta sokongan diberikan oleh Ahli Dewan Negara terhadap produk kraf batik Malaysia.

“Untuk makluman, kementerian sentiasa membantu memasar dan mempromosikan produk-produk kraf termasuk batik melalui program promosi yang dirancang.

“Pada tahun ini, pengusaha-pengusaha kraf berpeluang memasarkan produk mereka pada Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang berlangsung pada 21 Februari hingga 4 Mac lepas,” katanya.

Tambah beliau, acara itu berjaya menarik 48,500 pengunjung dan telah menjana jualan sebanyak RM12.3 juta.

“Kraftangan Malaysia juga menganjurkan Festival Kraf Kebangsaan (FKK) di 12 lokasi pusat beli-belah terpilih di seluruh Malaysia termasuk di Kuala Lumpur,  Sungai Petani, Melaka, Johor dan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan