Search
Close this search box.
Perpindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara dijangka akan membawa perubahan kepada landskap perkapalan dan perdagangan yang sedia ada. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Pembangunan pelabuhan tanggungjawab Kerajaan Sabah, Sarawak

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Usaha berkaitan pembangunan pelabuhan termasuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembangunan berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ini selaras dengan peruntukan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia yang menyebut  “pelabuhan dan pangkalan, selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan dan pangkalan persekutuan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan” adalah terletak di bawah Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

“Walaupun Kementerian Pengangkutan bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor pengangkutan secara keseluruhan, namun hal ehwal pelabuhan di Sabah dan Sarawak dari segi perancangan, pembangunan dan pentadbiran merupakan bidang kuasa kerajaan masing-masing,” katanya pada Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah usaha kerajaan untuk membangunkan pelabuhan – pelabuhan di Sabah sebagai persediaan menghadapi kebanjiran jumlah kapal yang tinggi sekiranya Nusantara menjadi ibu negara Indonesia.

Terima kasih serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak – Abang Johari

Berkenaan perkara itu, Hasbi berkata, kementerian akan terus memantau perubahan tersebut dan mengambil tindakan dasar yang sewajarnya.

“Perkembangan baharu serantau seperti perpindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara sudah tentu akan membawa perubahan kepada landskap perkapalan dan perdagangan yang sedia ada,” katanya.

Tambah beliau, ini juga bagi memastikan sektor pengangkutan negara terutamanya industri pelabuhan dan industri logistik dapat bersiap siaga bagi memanfaatkan peluang baharu yang akan muncul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan