Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan sempena Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini.Foto, Bernama.

Dewan Negara: PBT disaran lantik jurutera daerah sebagai ahli majlis

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran supaya melantik jurutera daerah (JD) sebagai ahli majlis supaya kepakaran mereka dapat digunakan untuk pembangunan setempat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan berkenaan juga diusulkan sebagai langkah untuk memperkasakan lagi peranan JD.

“Saya ingin berpesan kepada JD supaya sentiasa cakna dalam bidang tugas masing-masing dan menjaga perhubungan dengan pemimpin-pemimpin tempatan serta agensi-agensi kerajaan di peringkat daerah dan masyarakat setempat.

“Hal ini sangat penting kerana melalui hubungan baik dan kerjasama rapat ini akan membantu mereka untuk melaksanakan tugas dengan baik demi memastikan agenda pembangunan infrastruktur di peringkat daerah dilaksanakan dengan efisien dan teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan Perbahasan Titah Diraja Kementerian Kerja Raya di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu Alexander Nanta menjelaskan JD merupakan ketua di Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan jalan raya serta bangunan di bawah peruntukan Persekutuan dan Negeri.

“Terdapat keperluan mendesak di peringkat daerah untuk kerja-kerja kecemasan dan luar jangka khususnya yang melibatkan Jalan Persekutuan.

“Pada 2023, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM100,000 untuk setiap daerah bagi membantu JD melaksanakan kerja-kerja kecemasan dan luar jangka yang memerlukan tindakan segera.

“Kami mendapat respon yang baik yang mana peruntukan khas tersebut sangat membantu dan bermakna kepada JD,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan