Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen. Foto, Bernama.

Dewan Negara: Klinik kesihatan baharu akan dibina di Sarikei

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Sebuah klinik kesihatan baharu akan dibina di Sarikei, Sarawak bagi menampung pertambahan pesakit di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata pembinaan itu juga bertujuan untuk menggantikan Klinik Kesihatan (KK) Sarikei yang sudah berusia 40 tahun.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sememangnya mempunyai perancangan jangka panjang untuk membina klinik kesihatan jenis dua baharu yang menggunakan sebahagian daripada tapak Hospital Sarikei.

“Ia kini berada pada proses permohonan tapak bagi menjayakan cadangan tersebut,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Lukanisman menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead yang ingin tahu mengenai jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada KK Sarikei menerusi program Bitara MADANI.

Dalam pada itu, Lukanisman memaklumkan sebanyak RM1.4 juta disalurkan untuk tujuan naik taraf KK Sarikei secara berfasa.

“Pada 2023, klinik berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM200,000 bagi kerja naik taraf sistem pendawaian elektrik.

“Tambahan RM380,000 juga diterima di bawah peruntukan BP0600 bagi kerja mewujudkan laluan dan tangga kecemasan di Unit Kesihatan Ibu dan Anak, menurap jalan tempat letak kenderaan dan kerja-kerja lain yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, pelbagai kerja-kerja naik taraf juga akan dijalankan pada tahun ini dengan kos kelulusan sebanyak RM800,000.

“Kerja-kerja naik taraf termasuk mengganti kemasan bumbung dek logam, mengganti tingkap klinik ke jenis tingkap gelangsar, menyediakan pelantar tangki simpanan air dan sistem pam air dan beberapa lagi kerja baik pulih yang berkaitan,” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan