Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan operasi membanteras kemasukan secara tidak sah dilakukan di sempadan seluruh negara. Foto fail, Tentera Darat Malaysia.

Dewan Negara: 15 PATI Indonesia, Pakistan ditahan di Belaga, Sarawak

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 26 Mar: Dewan Negara dimaklumkan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) turut dilaksanakan di kawasan pedalaman di Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, setakat 15 Mac lepas, seramai 15 orang PATI dari Indonesia dan Pakistan ditahan di Sungai Asap, Belaga.

Jelas beliau, kesemua PATI itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Pejabat Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia) kita di Kapit sentiasa meningkatkan penguatkuasaan dan melakukan operasi.

“Pada waktu sama, kita juga meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya tidak melindungi PATI,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Michael Mujah Lihan mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangani masalah kebanjiran warga asing di Sungai Asap, Belaga.

Sementara itu Shamsul Anuar turut memaklumkan sebanyak 13,047 operasi penguatkuasaan dilakukan oleh JIM di seluruh negara.

“Ini melibatkan tangkapan sebanyak 35,875 orang bagi tempoh Januari 2023 hingga Februari 2024,” katanya.

Daripada jumlah itu jelas beliau, sebanyak 1,632 operasi dilakukan di Sarawak yang melibatkan tangkapan sebanyak 4,778 orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan