Search
Close this search box.
Timbalan MTCP Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (empat dari kanan), semasa sesi bergambar. Foto, TVS

Cipta ‘signature dish’ tarik pelancong ke Miri – Sebastian

MIRI, 26 Mac: Pengusaha makanan diseru untuk menceburi diri dalam bidang gastronomi bagi mencipta menu istimewa sebagai ‘signature dish’ yang berpotensi menjadi produk tempatan untuk menarik kedatangan pelancong ke Bandaraya Miri.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata insiatif itu merupakan salah satu kaedah bagi mempromosikan kepelbagaian makanan tempatan di Sarawak.

“Saya terfikir semasa Ramadan, ramai orang Brunei yang turun membeli kuih muih dan lain-lain. Jadi mungkin suatu hari nanti terutama bagi mereka yang membuat makanan tempatan, selain waktu Ramadan, mereka membuat satu jenis hidangan istimewa sendiri,”

“Anda membuat satu supaya ia boleh menjadi hidangan terkenal. Itu bagus kerana orang ramai akan terus melihat hidangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Bubur Lambuk + Bonus Pack di sebuah pusat beli-belah pada Selasa.

Menurut Sebastian lagi cadangan berkenaan juga akan memperkenalkan Sarawak sebagai sebuah destinasi Pelancongan Gastronomi sekali gus membuka peluang kepada bidang baharu iaitu Gastronomi Halal yang kian mendapat permintaan daripada pelancong Muslim sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Dalam pada itu, majlis menyaksikan seramai 30 ahli Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM) yang menerima sumbangan sempena Ramadan kali ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan