Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto TVS

Sarawak sokong PADU jika diberi penjelasan – Sharifah Hasidah

KUCHING, 25 Mac: Kerajaan Sarawak akan menyokong sepenuhnya inisiatif Pangkalan Data Utama (PADU) sekiranya Kementerian Ekonomi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan keselamatan dan protokolnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ini berikutan kebimbangan mengenai kesediaan individu untuk berkongsi data dan maklumat peribadi mereka.

“Kebimbangan kerajaan negeri dan orang Sarawak secara am adalah wajar kerana kes kebocoran data dan penipuan dalam talian semakin berleluasa.

“Konsolidasi data peribadi semua rakyat Malaysia dalam satu pangkalan data pusat perlu dilengkapi dengan tahap keselamatan dan perlindungan data yang tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan media
Kenyataan media

Tambahnya, bagi mengenal pasti sasaran subsidi, maklumat mengenai kedudukan ekonomi dan kewangan adalah penting, tetapi tidak sampai ke tahap mendedahkan profil peribadi dalam menentukan kelayakan penerima yang disasar.

“Kerajaan Sarawak secara prinsip menyokong hasrat mulia Kerajaan Persekutuan untuk memastikan sumber kerajaan untuk membantu rakyat disalurkan secara berkesan.

“Tetapi perlu berwaspada terhadap pelaksanaannya supaya tidak menghalang rakyat yang layak daripada menerima subsidi bersasar dengan melihat kedudukan kewangan dan kesejahteraan ekonomi sesuatu individu,” jelasnya.

Menurut Sharifah Hasidah, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus seperti Akta Privasi untuk melindungi privasi peribadi, kecuali Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Namun, PDPA adalah sempit dalam aplikasinya kerana ia merangkumi privasi data peribadi berbanding dengan hak-hak privasi secara umum.

“Walaupun tidak ada prinsip mengenai hak privasi di Malaysia, kes mahkamah Sivarasa Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor [2010] 3 CLJ 507 menegaskan bahawa hak kebebasan peribadi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan termasuk hak privasi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan