Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata berkata dalam tempoh tiga bulan tahun ini, polis menangkap 2,887 orang berkaitan pelbagai kesalahan jenayah narkotik. Foto TVS

Polis Sarawak rampas dadah bernilai RM9.2 juta dalam tempoh tiga bulan tahun ini

ByKimberly Dickson

KUCHING, 25 Mac: Pelbagai jenis dadah bernilai RM 9.2 juta dirampas dan harta-harta milik ahli sindiket bernilai RM 1.4 juta disita bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Mac 2024.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata bagi tempoh itu juga 2,887 orang ditangkap berkaitan pelbagai kesalahan jenayah narkotik, termasuk 169 orang pengedar (tokan) dadah.

“Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki sindiket yang terlibat,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Mancha turut berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti kegiatan dadah.

Maklumat boleh disalurkan melalui hotline JSJN di talian 012- 2087222.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan