Search
Close this search box.
Sehingga 30 September 2023, sejumlah 274,258 unit rumah mampu milik telah siap dibina, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Parlimen: Harga rumah mampu milik RM300,000 dan ke bawah

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Harga siling bagi rumah mampu milik juga boleh ditentukan oleh kerajaan negeri, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Aiman Athirah Sabu berkata, di pihak kementerian, kadar siling yang ditetapkan ialah RM300,000.

“Rumah mampu milik merupakan rumah yang berharga RM300,000 dan ke bawah.

“Walau bagaimanapun, harga siling rumah mampu milik juga terletak kepada kerajaan negeri,” katanya pada sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (Perikatan Nasional – Kubang Kerian) yang meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha untuk memastikan jumlah pembinaan rumah mampu milik meningkat terutama di kawasan luar bandar bagi memenuhi permintaan, mengambil kira laporan Indeks dan Survei Hartanah IQI Suku Keempat Malaysia 2023 harga jualan rumah dan sewa akan meningkat lebih tinggi tahun ini.

Sementara itu Athirah Aiman memaklumkan, kerajaan menyasarkan pembinaan sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Sehingga 30 September 2023, sejumlah 274,258 unit rumah mampu milik telah siap dibina dan dalam fasa pembinaan.

“Jumlah ini menyumbang kepada 54.8 peratus daripada 5000,000 unit rumah yang disasarkan,” katanya.

Beliau turut memberitahu, penyediaan rumah mampu milik juga dilaksanakan oleh agensi penyediaan perumhan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju swasta.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan