Search
Close this search box.
Denda minimum RM5,000 dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar wajar diteliti semula,kata Dr Richard Rapu. Foto, Envato.

Parlimen: Denda RM5,000 untuk penjenayah alam sekitar tidak cukup – Dr Richard Rapu

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Alam Sekeliling 2023 memberi isyarat jelas bahawa kerajaan serius untuk mengawal pencemaran alam sekitar.

Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu berkata, pindaan RUU berkenaan pula bertujuan untuk memperkasakan fungsi Jabatan Alam Sekitar yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kata beliau, ini akan membuka ruang untuk mengenakan denda yang lebih tinggi bagi mengekang dan menghukum penjenayah alam sekitar.

“Betong berpandangan RUU Kualiti Alam Sekeliling Pindaan ini sedikit lewat jika mengambil kira beberapa kes berprofil tinggi yang pernah mengemparkan negara seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim Pasir Gudang pada 2019.

“Denda minimum dikenakan bagi seksyen 37, 41, 48(A), 48(AD) RM5,000 wajar diteliti semula oleh pihak kementerian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan pindaan RUU berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Richard, pesalah yang mengulangi kesalahan sama ataupun dikenali sebagai ‘deterrent’ wajar diberikan hukuman yang tegas.

“Sekiranya (boleh, kesalahan berulang ini wajar) dipertimbangkan dan dimasukkan di dalam klausa yang lebih tegas ke atas mereka untuk mencegah mereka mengulangi kesalahan itu,” katanya.

Tambahnya hukuman penjara mandatori juga diharapkan dapat mencegah kewujudan penjenayah alam sekeliling pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan