Search
Close this search box.
Sindiket mengedar dan mencuci dadah tumpas menerusi serbuan di sebuah pangsapuri mewah di Batu Kawa oleh sepasukan polis. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Pangsapuri jadi tempat cuci dadah diserbu, dadah hampir 12 kilogram dirampas

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 25 Mac: Sindiket mengedar dan mencuci dadah tumpas menerusi serbuan di sebuah pangsapuri mewah di Batu Kawa oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata menerusi serbuan pada 22 Mac itu, pihaknya merampas dadah jenis syabu seberat 11.9 kilogram dan ketamin seberat 66 gram yang dianggarkan bernilai RM 394,000.

“Turut dirampas sebuah kereta bernilai RM 40,000, seutas rantai emas bernilai RM 10,345 dan satu beg silang berjenama bernilai RM 12,000.

“Jumlah keseluruhan nilai sitaan bagi operasi khas ini berjumlah RM 62,345.60,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Belau berkata, dalam serbuan tersebut, dua suspek tempatan berusia 26 hingga 29 tahun ditahan.

Dato Mancha Ata menunjukkan dadah yang dirampas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Katanya, sindiket tersebut yang sudah beroperasi sejak 2022 lalu menggunakan modus operandi menyewa apartment mewah bagi mengelak aktiviti mereka disyaki pihak berkuasa.

“Mereka menyewa pangsapuri mewah pada tahun 2022 dan jadikan rumah proses bersihkan dadah.

“Kita dapati kimia yang ada menunjukkan ada proses pencucian berdasarkan pengalaman kita ada proses pencucian dadah mungkin dadah lama nak ke dibaharukan iaitu dadah jenis ‘ice’ atau syabu ,” katanya.

Antara barang yang dirampas menerusi serbuan di pangsapuri mewah di Kuching. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan untuk 59,632 orang penagih dadah.

Menurutnya, semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 hingga 30 Mac bagi siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya lagi, suspek yang berusia 29 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 29 tahun positif Amphetamine, Methamphetamine dan Ketamin manakala seorang lagi suspek negatif dadah.

“Modus Operandi yang digunakan sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah dari Semenanjung Malaysia, mengedar dadah di sekitar Kuching dan daerah-daerah berhampiran mengikut permintaan pelanggan.

“Kedua-dua suspek menerima upah di antara RM 10,000 hingga RM25,000,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan