Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan runtuhan Jambatan Sungai Tisa di Sungai Yong akibat hujan lebat semalam. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Nanta tinjau runtuhan Jambatan Sungai Tisa, salur bantuan RM38,000 kepada penduduk

ByFebbright James

KAPIT, 25 Mac: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan runtuhan Jambatan Sungai Tisa di Sungai Yong akibat hujan lebat  semalam.

Katanya, beliau telah melihat sendiri lokasi yang terjejas akibat runtuhan jambatan tersebut yang berlaku awal pagi pada 4 Mac lalu sekali gus menyebabkan penduduk dari dua buah rumah panjang terkesan.

“Difahamkan pihak berkuasa telah membuat laluan sementara ataupun lencongan bagi membolehkan aktiviti keluar masuk penduduk ke kawasan rumah panjang di sini.

“Saya juga telah berhubung sendiri dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk menyegerakan kerja pembaikan agar penduduk di sekitar Sungai Yong ini dapat menikmati kemudahan jalan yang lebih selesa sebelum perayaan Hari Gawai kelak,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Beliau turut berkesempatan melawat penduduk dari 38 buah keluarga di Rumah Ngelai,Nanga Tisa di Sungai Yong iaitu rumah panjang baharu yang sudah siap dibina.

“Dalam lawatan ini, saya telah meluluskan sumbangan RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Ngelai, Nanga Tisa, Sungai Yong.

“Saya turut menyumbang RM1,000 bagi setiap keluarga di rumah ini dengan jumlah keseluruhan RM38,000. Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu semua keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua penduduk agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa berwaspada dengan tanda halangan jalan yang diletakkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit memaklumkan fokus utama beliau adalah untuk menyediakan kemudahan infrastruktur termasuk penempatan, jalan yang baik serta persekitaran penempatan yang selesa untuk penduduk Kapit sebagai wakil rakyat.

“Usai di Sungai Yong, saya ke Sungai Yut melihat keperluan penduduk di sana, di Rumah Ngindang Sungai Sut, saya telah meluluskan geran sebanyak RM 113,000 untuk pelbagai kegunaan penduduk di rumah ini,” -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan