Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan perbincangan tentang pelaburan tenaga hijau di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerjasama lebih erat antara MINTRED dan MITI tarik pelabur tenaga hijau ke Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Mac: Dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke Sarawak, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perbincangan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini merangkumi untuk menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau dan diperbaharui di rantau ini.

“Ia menjadi keperluan dalam menarik pelaburan yang betul terutamanya pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan hidrogen hijau,” katanya dalam kenyataan.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak berkata, perlu ada beberapa insentif disediakan kepada pelabur, malah dasar yang kukuh untuk memudahkan pertumbuhan industri ini.

Perbincangan tersebut turut disertai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh, Penasihat MINTRED Dato Sri Mohd Naroden Majais, Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkarnain Misron dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datu Ismawi Ismuni dan Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak, Timothy Ong – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan