Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan sumbangan kepada Mohamad Iskandar Mohammad Tudin mewakili Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching pada Sabtu. Foto Muqri Aziz (TVS)

Kementerian Dalam Negeri luluskan permohonan kewarganegaraan Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 Mac: Hampir semua permohonan kewarganegaraan kanak-kanak di bawah jagaan Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah di sini diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata KDN memberikan syarat-syarat serta pertimbangan khas bagi membolehkan kerajaan Sarawak memohon status kewarganegaraan kepada mereka.

KDN luluskan permohonan kewarganegaraan Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah | TVS

“Alhamdulillah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail amat peka dengan rayuan kita dan sehubungan itu permohonan daripada Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajjah Norkiah telah diluluskan.

“Namun, tiga lagi permohonan masih menunggu kelulusan manakala empat permohonan telah diluluskan,” katanya berucap semasa Majlis Plaza Merdeka Hari Raya di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmi Othman, Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd Dato Steve Ng dan Pengetua Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching Mohamad Iskandar Mohammed Tudin.

Fatimah berkata lagi, kanak-kanak dalam golongan itu juga wajar diberikan kasih sayang yang diperlukan sama seperti kanak-kanak yang lain.

“Kita mahu kanak-kanak di rumah berkenaan diambil oleh ibu bapa angkat yang penyayang kerana mereka dapat memberikan mereka kasih sayang dan dapat memastikan kebajikan kanak-kanak itu terjamin serta mendapat akses kepada pendidikan yang sewajarnya.

“Bukan sahaja mereka dapat melengkapkan pendidikan serta kemahiran yang diperlukan malah mereka juga dapat hidup berdikari kelak apabila sudah menjangkau usia dewasa,” katanya lagi.

Terdahulu, Fatimah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada rumah kanak-kanak itu untuk tujuan menambah baik kemudahan serta untuk kebajikan kanak-kanak di rumah itu.

Kemudian, seramai 72 kanak-kanak turut berbuka puasa di Hotel Waterfront. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan