Search
Close this search box.
Gambar yang diambil di Moscow pada 23 Mac, menunjukkan bendera Rusia berkibar separuh tiang di atas bangunan Majlis Persekutuan. Foto AFP

Angka kematian serangan pengganas di Rusia meningkat kepada 143 orang

ByBernama

MOSCOW, 24 Mac: Jumlah mereka yang terbunuh dalam serangan pengganas di Dewan Bandaraya Crocus di wilayah Moscow meningkat kepada 143 orang, kata Ketua Pengarang RT dan kumpulan media Rossiya Segodnya, Margarita Simonyan.

“Lebih banyak mangsa berbanding pada (2002) Nord-Ost (krisis tebusan panggung Teater Dubrovka di Moscow). Seramai 143 orang (terbunuh). Oh Tuhan, tenangkanlah jiwa mereka,” kata Simonyan di Telegram, lapor Sputnik.

Insiden tembakan berlaku pada petang Jumaat di tempat konsert, Dewan Bandaraya Crocus di bandar Krasnogorsk, di luar Moscow, diikuti dengan kebakaran besar.

Seorang wartawan Sputnik menyaksikan serangan itu melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga lelaki berpakaian penyamaran memecah masuk ke dalam dewan, melepaskan tembakan berulang kali dan melontarkan bom pembakar.

Sebelas orang telah ditahan berhubung serangan itu, termasuk empat individu yang bertanggungjawab secara langsung, kata Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB). Keempat-empat mereka ditahan di wilayah Bryansk Rusia, bersempadan dengan Ukraine, selang beberapa jam, kata FSB.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan