Search
Close this search box.
2,619 bangunan rosak akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud di Jawa Timur yang berlaku pada Jumaat. Foto BNPB

9,648 orang dipindahkan, 2,619 bangunan rosak akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud di Jawa Timur

ByTVS

JAKARTA, 24 Mac: Seramai 9,648 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara manakala 2,619 bangunan rosak ekoran gempa bumi 6.5 magnitud melanda wilayah Laut Tuban, Jawa Timur, Indonesia pada Jumaat.

Berdasarkan maklumat Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), sebanyak 126 gegaran berlaku dari pantai dengan kedalaman 10 kilometer di bawah paras laut dan gegaran susulan berlaku beberapa kali dengan magnitud 6, 5.3, dan 6.5.

Berdasarkan laporan Badan Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB), penduduk yang terjejas mendiami wilayah Tuban, Lamongan, Bojonegoro, Pamekasan, Sidoarjo, Gresik dan Surabaya.

Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata gempa bumi yang berterusan telah menyebabkan kerosakan yang ketara.

“Gempa bumi yang berlaku dengan magnitud yang cukup besar menyebabkan kerosakan infrastruktur agak ketara, berdasarkan hasil penilaian pasukan kami, kerosakan paling banyak berlaku pada rumah tinggal di sekitar wilayah gempa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan oleh pihak berkuasa namun dua orang mengalami cedera.

Beliau turut berkata beberapa kemudahan awam turut mengalami kerosakan bermula dari bangunan sekolah dan perkhidmatan kesihatan di situ.

Pasukan tindak balas pantas juga dikerahkan dalam usaha untuk terus memantau beberapa lokasi yang terjejas, menyeru orang ramai untuk mengamankan rumah mereka dan membawa beberapa peralatan dan sokongan logistik untuk pengendalian kecemasan awal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan