Search
Close this search box.
Seramai 65 penduduk daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah yang didiami mangsa terbakar dalam kejadian di Kampung Likas, Kota Kinabalu, awal pagi tadi. Foto media sosial

65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas

ByBernama

KOTA KINABALU, 24 Mac: Seramai 65 penduduk daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah yang didiami mangsa terbakar dalam kejadian di Kampung Likas di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.11 pagi tadi sebelum tiba enam minit kemudian.

Beliau berkata 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dengan bantuan sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu serta seorang anggota daripada BBP Penampang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota BBP Lintas menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tanki jentera BBP Penampang, manakala anggota BBP Kota Kinabalu menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Api dapat dikawal pada 4.16 pagi dan operasi ditamatkan pada 6.49 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan