Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan pada Majlis Berbuka Puasa di Kuala Lumpur. Foto, Faitullah Morni (TVS)

TYT, isteri berbuka puasa bersama rakan di Kuala Lumpur

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi malam ini meluangkan masa berbuka puasa bersama rakan-rakannya dalam satu majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu turut menyaksikan kehadiran pemimpin-pemimpin negara antaranya Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal dan Timbalannya Senator Datuk Nurjazlan Tan Sri Mohamed.

Majlis dimulakan sejurus azan Maghrib dengan jamuan ringan sebelum kesemua mereka menunaikan solat fardu Maghrib di surau hotel berkenaan.

Usai solat, majlis diteruskan dengan acara jamuan makan malam sehingga 9. 30 malam.

Dalam pada itu, Mutang optimis majlis seumpama itu akn mengukuhkan lagi hubungan kepimpinan negara.

” Majlis seumpama ini sangat bagus kerana dapat meraikan kepelbagaian,” kata Mutang ketika ditemui TVS di sini, malam ini.

Turut hadir Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali , Ketua Setiusaha Kementerian Sumber Asli dan Alam SekitarDato Sri Azizan bin Ahmad serta dif-dif kenamaan yang lain termasuk ahli keluarga Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sekali gus menyantuni bekas pegawai Parlimen yang pernah berkhidmat dengan Tun Dr Wan Junaidi semasa beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negara ke -19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan