Search
Close this search box.
Puteri Wales, Kate Middleton, mengumumkan pada Jumaat bahawa dia sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser. Foto AFP

Puteri Wales, Kate Middleton menerima rawatan untuk kanser

ByBernama

LONDON, 23 Mac: Puteri Wales, Kate Middleton mengumumkan pada Jumaat bahawa dia sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser.

Menerusi mesej video BBC yang dirakam di Windsor, Kate mendedahkan bahawa keadaannya ditemui selepas dia menjalani pembedahan perut pada Januari, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Berita ini sudah tentu mengejutkan. William dan saya telah melakukan segala yang kami mampu untuk menerima hakikat dan menguruskan perkara ini secara peribadi demi keluarga kami,” katanya.

Selepas berminggu-minggu spekulasi mengenai kesihatannya, Kate menyatakan bahawa dia dan suaminya, Putera William memerlukan masa untuk menjelaskan situasi tersebut kepada anak-anak mereka.

“Puteri Wales menerima kasih sayang dan sokongan dari seluruh negara sementara beliau meneruskan pemulihannya,” kata Perdana Menteri Britain Rishi Sunak.

Puteri berusia 42 tahun itu dimasukkan ke Klinik London pada 16 Jan untuk pembedahan perut.

Pada awal Januari, Istana Kensington mengumumkan bahawa beliau berada di hospital selama 14 hari berdasarkan perancangan untuk pembedahan perut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan