Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang (dua dari kanan) memasak bubur lambuk ketika melaksanakan Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan dan Sungkei Perdana 2024 hari ini. Kredit: Facebook Kementerian Perpaduan Negara

Program Gerak Rahmah sasar agih 600,000 bekas bubur lambuk hari ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Mac: Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan dan Sungkei Perdana 2024 menyasarkan sebanyak 600,000 bekas bubur lambuk diagihkan di seluruh negara hari ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, program yang diadakan secara serentak itu bertujuan untuk memperkasa, dan mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan dalam komuniti khususnya untuk mendukung aspirasi kerajaan sekali gus membangunkan komuniti.

“Program ini dilaksanakan dalam tiga peringkat. Peringkat kebangsaan dilaksanakan di Sibu manakala peringkat negeri di seluruh negeri, dan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Tahun ini disasarkan lebih 600,000 bekas bubur lambuk akan diedarkan di seluruh negara oleh anggota KRT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, KRT merupakan jentera perpaduan di peringkat komuniti yang berperanan penting dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan keharmonian.

“Sehingga kini, terdapat lebih daripada 8,438 KRT yang ditubuhkan di seluruh negara, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat setiap tahun” katanya lagi.

Seperti kepelbagaian ramuan dalam satu tempat sehingga memberikan citarasa yang sedap, beliau menyifatkan bubur lambuk harus diangkat sebagai simbol perpaduan dan nilai kebersamaan.

Untuk rekod tahun lalu, sebanyak 400,000 bekas bubur lambuk diedarkan dengan penyertaan hampir 4,002 KRT. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan