Search
Close this search box.
Pengerusi BERNAS, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika ditemui pemberita di Masjid Darul Hana, di sini, hari ini. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS)

Program Gema Ramadan 2024: BERNAS santuni 150 asnaf sekitar Kuching

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 23 Mac: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyantuni seramai 150 orang asnaf dari Bandaraya ini menerusi Program Gema Ramadan 2024.

Pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sempena Ramadan pada edisi kali ini, program turun padang bersama komuniti itu memfokuskan beberapa buah kampung di sekitar Kuching.

“Jadi, di Kampung Seberang Hilir ini terdapat 13 buah kampung, setiap kampung ada 10 orang dan kemudian kita tambah lagi Kampung Lumba Kuda dengan lebih kurang 10 orang asnaf.

“Selain itu, terdapat juga kumpulan daripada Bernas yang kita ada dalam senarai kumpulan asnaf, jadi sedikit sebanyak semua dapat merasai (sumbangan),” katanya ketika ditemui media pada Program Gema Ramadan 2024, di Masjid Darul Hana, di sini, hari ini.

Antara sumbangan yang disampaikan BERNAS kepada semua asnaf berupa bakul makanan yang mengandungi beras, kicap, gula, minyak masak, sos dan beberapa lagi makanan keperluan asas.

Terdahulu, dalam majlis berlainan, beliau berkata, pihaknya turut mengagihkan sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk kepada para peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Taman Sukma, di sini, sebelum menyertai majlis berbuka puasa bersama anjuran BERNAS di Masjid Darul Hana.

Pengerusi BERNAS, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang peniaga di Bazar Ramadan Taman Sukma, di sini, hari ini. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS)

“Kita agihkan sebanyak 800 bekas bubur lambuk di Taman Sukma, di sini (Masjid Darul Hana) ada juga kita bawa, jadi jumlah keseluruhannya 1,500 bekas.

“Kita agih kepada semua sama ada yang menjual atau pengunjung bazar dan sebab itu kita berbesar hati kerana dapat menyumbang walaupun sedikit seperti bubur lambuk,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program itu akan diteruskan di negeri lain, Rohani berkata, pihaknya merancang untuk menganjurkannya di Yan, Kedah dalam tempoh terdekat.

“Di Kedah, kita pilih komuniti yang berbeza, iaitu kita akan menyantuni pesawah pula. Jadi, kita (anjur) dengan cara yang sama, tema yang sama, Gema Ramadan; menyantuni penuh ikhlas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan