Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner ACP Ashmon Bajah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Iftar Ramadan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Polis Sarawak santuni anggota sakit sepanjang Ramadan

KUCHING, 23 Mac: Polis Sarawak akan menyantuni para anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak sihat pada Ramadan kali ini dengan mengdakan lawatan kebajikan ke kediaman mereka.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata lawatan berkenaan bertujuan sebagai tanda keprihatinan pasukannya dalam meniup semangat dan sokongan moral kepada anggota yang diuji faktor kesihatan ketika ini.

Menurut Mancha, lawatan tersebut akan diadakan di seluruh daerah di Sarawak bagi menyantuni mereka yang kurang bernasib baik itu.

“Kita bercadang dan telah dijadual untuk melaksanakan lawatan-lawatan kebajikan selain daripada ini di IPK dan ia juga dijalankan di peringkat daerah.

“Lawatan-lawatan ini kepada yang sakit warga warga polis yang sakit seluruh Sarawak dan itulah dari segi kebajikan sentiasa prihatin kepada pasukan dalam perkhidmatan anggota dan pegawai,” katanya.

Beliau pada sidang media selepas Majlis Iftar Ramadan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Kuching pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner ACP Ashmon Bajah mengakui kehilangan anggota polis yang terkorban atau meninggal dunia dirasai seluruh pasukan.

Menurutnya, khabar duka sedemikian akan memberi tamparan hebat kepada pasukan ekoran individu yang telah pergi itu pernah bersama-sama mereka melaksanakan tanggungjawab dalam meningkatkan nilai intergriti dan prestasi polis dalam pasukan PDRM.

Justeru, pihaknya telah menyediakan sumbangan kepada balu arwah sebagai meringankan beban mereka pada Ramadan tahun ini.

“Kepada puan puan yang pasangan telah pun pergi. Mereka pergi meninggalkan anda tetapi mereka pergi meninggalkan kami di sini.

“Kami tidak melupakan jasa dan pengorbanan mereka bersama sama dalam meningkatkan imej polis daerah kuching dan PDRM secara keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, majlis semalam menyaksikan seramai lima balu dan lima kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) tmenerima sumbangan berupa keperluan asas. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan