Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang menyampaikan sumbangan semasa Majlis Penyerahan Bantuan Asnaf dan Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Darul Huda Kampung Sebandi Matang, Asajaya, hari ini. Foto TVS

Masalah bekalan elektrik di Asajaya dijangka selesai pertengahan tahun ini

ASAJAYA, 24 Mac: Masalah bekalan elektrik yang kurang stabil di beberapa kawasan di daerah ini dijangka dapat diselesaikan pada pertengahan tahun ini selepas kerja menaik taraf grid bekalan di kawasan itu selesai.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, projek naik taraf berkenaan melibatkan pemasangan kabel bekalan bawah tanah dan meningkatkan kapasiti bekalan dari pencawang-pencawang elektrik di kawasan berkenaan.

Masalah bekalan elektrik di Asajaya selesai tahun ini | TVS

Usaha tersebut katanya akan dapat mengurangkan masalah bekalan elektrik terputus ketika masa penggunaan tinggi khususnya ketika musim perayaan.

“Kita jangkakan sekiranya projek ini siap, keadaan bekalan elektrik di kawasan ini akan lebih baik dan lebih stabil berbanding sebelumnya.

“Bagi tahun ini pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) telah pun membuat persiapan dengan meningkatkan kapasiti bekalan elektrik di kawasan Asajaya ke Samarahan dan juga kawasan-kawasan lain di Samarahan ini,” katanya.

Beliau ditemui semasa Majlis Penyerahan Bantuan Asnaf dan Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Darul Huda Kampung Sebandi Matang di sini hari ini.

Rubiah berkata, SEB juga telah mengenal pasti alternatif lain untuk mengatasi masalah tersebut dengan salah satunya adalah meningkatkan keupayaan kapasiti bekalan yang boleh dibekalkan stesen pencawang di kawasan Asajaya.

Katanya, perkara itu telah pun dilaksanakan dan berharap masalah bekalan elektrik terputus di kawasan terbabit tidak berlaku lagi di masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan