Search
Close this search box.
Malaysia mengutuk serangan ganas ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow pada 22 Mac yang menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih daripada 145 mangsa. Foto AFP

Malaysia kutuk serangan bersenjata di Moscow

ByBernama

PUTRAJAYA, 23 Mac: Malaysia dengan tegas mengutuk serangan ganas ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow pada 22 Mac, yang menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih daripada 145 mangsa.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu juga mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di Moscow berada dalam keadaan selamat.

Rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu dan mendoakan agar mereka yang tercedera segera sembuh,” menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi, menekankan keperluan mendesak bagi usaha bersepadu di peringkat antarabangsa untuk menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan