Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri Foto: TVS

KPWKM hantar kaunselor bantu, sokong emosi keluarga pelajar kolej maut dibelasah – Nancy

ByTVS

GEORGE TOWN, 23 Mac: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menghantar kaunselor bagi memberi sokongan serta membantu keluarga pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah, Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan yang maut dipercayai dibelasah rakannya semalam.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia merupakan prosedur biasa di kementerian itu untuk menyantuni keluarga yang ditimpa musibah bagi memulihkan emosi mereka.

“Kita memang ada kaunselor bertauliah di seluruh negara yang ramai untuk bersama dengan mereka yang memerlukan ini.

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu

“Mereka (kaunselor) tahu macam mana untuk mendekati (keluarga) dan seperti biasa ini sudah menjadi prosedur kita,” katanya kepada pembertia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sinar Ramadan Kumpulan Sunway di Wisma Yatim Perempuan Islam Negeri Pulau Pinang di sini.

Terdahulu, media melaporkan, Mohammad Nazmie Aizzat ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama kira-kira pukul 6.50 pagi semalam sebelum disahkan maut.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Dr Rohan Shah Ahmad, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Menurut Rohan Shah, polis mengenal pasti punca kejadian akibat perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

Pihak polis telah menahan 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun bagi membantu siasatan selain mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan