Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Jalan Haji Baki.

Kerajaan Sarawak bina semula, baik pulih rumah mangsa kebakaran di Jalan Haji Baki

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 Mac: Prihatin terhadap nasib mangsa kebakaran di Lorong 16, Kampung Haji Baki, Kerajaan Sarawak akan membantu mereka membina semula dan membaiki kediaman mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang dalam satu kenyataan hari ini berkata empat rumah yang musah keseluruhan akan dibina semula manakala membaik pulih rumah yang tidak hangus sepenuhnya.

“Mangsa yang terjejas akan dibantu dengan pembinaan semula empat unit rumah dengan menggunakan dana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM70,000 setiap buah.

“Empat keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran Jalan Haji Baki telah diberikan bantuan berupa sewaan rumah sebanyak RM250 oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) yang mana Kerajaan Sarawak telah menanggung sebanyak RM200 dan hanya perlu membayar RM50 sahaja sehingga rumah mereka siap dibina semula,” katanya selepas mengadakan lawatan ke lokasi kebakaran di Kampung Haji Baki di sini hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan turut mendedahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Yayasan Sarawak serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia turut tampil membantu mangsa kebakaran dengan menyediakan tilam dan selimut selain keperluan asas, baucar khas untuk pelajar serta bekalan makanan dan minuman.

Selain itu menurut Lo, Sayap Pergerakan Belia Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang juga menyumbangkan beberapa peralatan harian serta makanan untuk mangsa di sini bersahur.

Sehubungan itum Lo berterima kasih kepada semua pihak berwajib serta penduduk setempat yang telah membantu mangsa kebakaran dengan menyalurkan sumbangan seperti keperluan asas dan berharap ia dapat meringankan beban mereka.

Terdahulu, hampir 40 penghuni termasuk empat kanak-kanak dan seorang bayi hilang tempat berteduh apabila lapan kediaman mereka dijilat api dalam kejadian kebakaran pada awal pagi semalam.

Kebakaran itu melibatkan empat buah rumah yang telah terbakar 100 peratus, manakala empat buah rumah lagi terbakar 30 peratus.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang terlibat dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.38 pagi serta punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan