Search
Close this search box.
Ahli Dewan DBKU, Dato Grunsin Ayom menyempurnakan Sambutan Earth Hour 2024 di Pangkalan Sapi di Kuching pada Sabtu. Foto, TVS

Earth Hour 2024: DBKU sokong inisiatif tangani isu pemanasan global

KUCHING, 23 Mac: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) komited menyokong inisiatif “Earth Hour” bagi misi menangani perubahan iklim akibat pemanasan global menerusi penganjuran “Sambutan Earth Hour 2024”.

Ahli Dewan DBKU, Dato Grunsin Ayom menyifatkan kempen tersebut menggalakkan orang ramai untuk menutup lampu selama sejam sebagai simbolik “Earth Hour” bermula jam 8.30 malam tadi.

Menurutnya inisiatif itu juga membantu meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan kesan alam sekitar menerusi penggunaan tenaga elektrik.

“Ini adalah diraikan di seluruh dunia pada masa yang sama iaitu 8.30 malam di sini jadi seterusnya satu bandar lain akan meraikannya.

“Kami berharap warga Kuching dan sudah tentu pada jam akan menyertai kami meraikan Earth Hour ini untuk memelihara alam sekitar kita dan sudah tentu menjadikan dunia tempat yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Earth Hour 2024 di Pangkalan Sapi di Kuching pada Sabtu.

Acara tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan oleh “World Wildlife Fund (WWF)” dan merupakan kempen global yang menyatukan komuniti seluruh dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan