Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki dan Irwan Zulkarnain bersama para penerima bantuan di bawah Program 'Bag To School' di Kampung Segedup, Kuching, hari ini. Foto Izzah Kamilah (TVS)

‘Bag To School’ usaha murni Kelab Sukan Komuniti Satok

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Mac: Program ‘Bag To School’ anjuran Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok merupakan usaha murni dalam menyuntik motivasi murid dan pelajar yang menerima bantuan beg dan alat tulis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki berkata beliau amat gembira dan menyokong usaha KSK Satok yang sentiasa prihatin dengan keperluan pendidikan anak-anak di kawasan berkenaan.

Pada hari ini, beliau menyampaikan bantuan beg sekolah dan alat tulis kepada 150 orang murid dan pelajar dari kawasan Kampung Segedup. Daripada jumlah itu, 26 orang diberi bantuan gunting rambut secara percuma oleh Beliau N8 Satok.

“Syabas kepada KSK Satok kerana ini kali kelapan program ini diadakan. Ini satu program yang baik,” katanya pada majlis penyampaian bantuan di Kampung Segedup, hari ini. Hadir sama, Pengerusi KSK Satok Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbi.

Menurutnya lagi sejak program ini bermula pada 2015, kira-kira 700 murid dan pelajar golongan B40 di kawasan DUN Satok telah mendapat manfaat.

Antara sekolah yang mendapat manfaat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No 4, Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sri Satok, SK Combined dan SK Rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan