Search
Close this search box.
Datuk Sharbini Suhaili bersama para penerima sumbangan Sarawak Energy sempena Ramadan semasa majlis berbuka puasa di Kuching, malam tadi. Foto UKAS

Sarawak Energy penjana sumber tenaga diperbaharui terbesar di Malaysia

BySaibi Gi

KUCHING, 22 Mac: Sarawak Energy kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat utiliti tenaga bersepadu dan penjana sumber tenaga diperbaharui terbesar di Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sharbini Suhaili.

Menurutnya, Sarawak Energy sentiasa komited dalam menyediakan sumber tenaga diperbaharui untuk Sarawak sambil menyokong pembangunan sosioekonomi dan kelestarian negeri ini.

“Ini adalah selaras dengan matlamat Sarawak untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030,” katanya berucap semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Sarawak Energy di sini, malam tadi.

Menurutnya lagi, Sarawak Energy telah mencapai liputan bekalan elektrik sebanyak 98.4 peratus kepada masyarakat luar bandar, termasuk penduduk di kawasan terpencil.

Sementara itu, kadar elektrifikasi domestik keseluruhan Sarawak juga telah meningkat kepada 99.4 peratus pada 2023, membuktikan pencapaian Sarawak Energy sebagai syarikat utiliti berprestasi tinggi.

Kejayaan ini juga adalah hasil daripada usaha dan sokongan yang berterusan daripada Kerajaan Sarawak dan seluruh rakyat Sarawak.

“Saya juga berharap agar kerjasama yang erat ini akan terus berpanjangan, dalam usaha kita semua untuk memastikan Sarawak mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030,” ujarnya.

Dalam pada itu, pada majlis itu Sarawak Energy menyediakan sumbangan sempena Ramadan kepada 11 organisasi.

Para penerima terdiri daripada Masjid UNIMAS, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin; Masjid Darul Naim, Kampung Lintang; Masjid Al-Ghazali, Depo; Surau Darul Hijrah, Perumahan Darul Hana; Surau Al-Kauthar, Taman Puteri, Samariang; Surau Darul Hassan, Sungai Periok; Surau Darul Muhasibin, Astana; Surau Darul Bahagia, Kampung Tambirat Ulu; Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah Kuching, Jalan Temenggong Haji Gobil; Pusat Jagaan Nur Murni dan Rumah Seri Kenangan, Kuching.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan