Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam program Sejambak Kasih Hari Raya di Sarikei, pada Jumaat. Foto, TVS

Peruntukan RM520,521 bantu, sedia kemudahan OKU di PPDK Sarikei

SARIKEI, 22 Mac: Peruntukan berjumlah RM520,521 diluluskan bagi melaksanakan aktiviti di empat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Bahagian ini sebagai inisiatif menyediakan kemudahan kepada golongan kurang upaya (OKU) yang berdaftar di pusat berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada PPDK Sarikei, PPDK Pakan, Julau dan Meradong.

Menurutnya, Sarawak setakat ini mempunyai sebanyak 57 buah PPDK termasuk empat di Sarikei dengan jumlah keseluruhan seramai 48,000 OKU berdaftar.

“PPDK menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka seterusnya, membantu mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Sejambak Kasih Hari Raya di Bahagian Sarikei, hari ini.

Mohd Razi menambah, penubuhan PPDK sememangnya mendapat sambutan dan permintaan setiap daerah di Sarawak bagi tujuan membantu aktiviti yang melibatkan OKU.

Dalam pada itu, seramai 357 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sarikei menerima sumbangan sempena program sejambak kasih aidilfitri dengan melibatkan jumlah sebanyak RM14,260.

Katanya, pemberian sumbangan tersebut bagi meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima yang bakal meraikan hari lebaran tidak lama lagi.

“Pemberian sumbangan merupakan komitmen berterusan kerajaan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan pada setiap musim perayaan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan