Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Majlis Pelancaran Rainforest World Music Festival 2024 di Hotel Sheraton pada Jumaat. Foto TVS

Kitaro, Zainal Abidin gegar pentas RWMF 2024

KUCHING, 22 Mac: Pemuzik legenda yang juga pemenang anugerah Grammy dan Golden Globe dari Jepun, Kitaro, dijangka membuat kemunculan istimewa pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) di Damai, Santubong pada 28 hingga 30 Jun depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kitaro yang terkenal dengan muzik instrumental elektroniknya dan inovatif menjanjikan pengalaman dan persembahan memukau.

Kitaro, Zainal Abidin bakal gegarkan pentas RWMF 2024 | TVS

Menurutnya, kemunculam itu merupakan penampilan sulung Kitaro di pentas RWMF.

“RWMF edisi ke-27 dengan bertemakan Evolusi ini akan menjadi cukup bermakna kerana pemuzik lagenda Kitaro yang dikenali di seluruh dunia bakal membuat penampilan ulung di festival tahunan itu.

“Saya percaya kehadiran beliau amat dinanti-nantikan penggemar muzik dan kita berbangga kerana dapat menampilkan pemuzik legenda itu untuk membuat persembahan ‘live’ di Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Rainforest World Music Festival 2024 di Hotel Sheraton pada Jumaat.

Abdul Karim mendedahkan selain Kitaro, penyanyi tersohor negara, Datuk Zainal Abidin turut menjanjikan persembahan memukau bersama 68 pemuzik antarabangsa dari 15 negara manakala 63 artis Malaysia juga akan tampil pada festival tiga hari itu.

“Antara pemuzik antarabangsa yang akan tampil ialah Havana Social Club yang menggabungkan pemuzik dari Cuba, Venezuela, Amerika Syarikat (AS) dan Singapura; Alright Mela Meets Santoo dari Pakistan dan Perancis; Bourbon Lassi (Australia); Imarhan (Algeria dan Perancis); Krakatau Ethno (Indonesia); Nini (Taiwan); Rhythm Rebels featuring Selonding Bali Aga (Indonesia); Rizal Hadi and Folk (Indonesia) dan Tribal Tide (Singapura).

“Artis tempatan yang akan tampil pula ialah pemuzik Sape, Alena Murang; The Borneo Collective, Tuni Sundatang, Nisa Addina, Zarul@OurBodySound, Salammusik, The Colour of Sounds Malaysia, Adrian G dan Belle Sisoski,” ujarnya.

Bagi penggemar muzik boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan RWMF 2024 mulai April ini yang menawarkan pakej untuk tiga hari berharga RM635.

Abdul Karim juga optimis dengan acara RWMF 2024 yang diadakan saban tahun akan menarik lebih ramai pelancong domestik dan luar negara sekaligus merancakkan industri pelancongan di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan