Search
Close this search box.
Jualan Amal anjuran SSD bakal berlangung pada 7 April 2024. Foto Sarawak Society for the Deaf (FB)

Jualan amal SSD kembali pada 7 April 2024

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Mac: Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak (SSD) bakal mengadakan jualan amal pada 7 April depan.

Menurut kenyataan SSD, bersempena ulangtahun ke-40, pihaknya ingin meneruskan lagi komitmen dalam meningkatkan lagi kehidupan orang pekak dengan mengumpul dana sebanyak RM300,000 untuk menampung kos operasi seperti projek yang akan dijalankan untuk kesejahteraan komuniti pekak.

“Jualan amal bakal berlangsung di Persatuan Gereja Sarawak (ACS) yang bertempat di Jalan Stampin bermula dari 8 pagi hingga 12:30 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga menyatakan, lima inisiatif yang boleh disokong menerusi sumbangan orang ramai adalah, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), Program Intervensi Awal, Projek Video Penyiaran Komuniti Pekak, Kemudahan Fasiliti dan Perkhidmatan Brews & Bites Café.

Jualan amal SSD yang berlangsung pada April nanti turut menjanjikan orang ramai dengan pengalaman unik dengan persembahan video khas yang akan memaparkan pencapaian khas oleh SSD dan bertemu bersama kakitangan SSD.

Segala maklumat dan pertanyaan boleh diajukan kepada penganjur, Ernest Ting melalui Whatsapp di talian 016-8716216, Helena Lim 013- 8094599 dan laman web rasmi https://www.sarawaksocietyforthedeaf.org/ . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found