Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi berukuran 6 magnitud menggegarkan wilayah laut Tuban, Jawa Timur, Indonesia. Foto BMKG

Gempa bumi 6 magnitud gegar Jawa Timur

ByTVS

JAKARTA, 22 Mac: Gempa bumi berukuran enam magnitud menggegarkan wilayah barat pantai Gresik iaitu 126 kilometer (km) arah timur laut Tuban, Jawa Timur, Indonesia.

Berdasarkan maklumat Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gegaran yang berlaku pada pukul 11.22 waktu tempatan itu berpusat pada kedalaman 10 km dari daratan.

Menurut Ketua Pusat Gempa dan Tsunami BMKG Daryono, hasil analisis mekanisme sumber menunjukkan bahawa gempa bumi mempunyai mekanisme pergerakan strike-slip

“Dengan melihat lokasi pusat gempa dan kedalaman hiposenter, gempa bumi yang berlaku adalah jenis gempa bumi cetek akibat aktiviti sesar aktif di laut Jawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tiada ancaman Tsunami meskipun pusat gempa berada berhampiran dengan pantai serta gempa susulan masih terjadi sebanyak dua kali selepas itu.

Setakat ini, tiada kerosakan dilaporkan oleh Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) akibat gempa bumi itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan mengelak daripada memasuki bangunan yang retak atau rosak akibat gempa bumi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan