Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng menerima cenderamata selepas sidang media Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2024 di Taka Pettesserie Saradise di Kuching pada Jumaat. Foto TVS.

Calonkan anak Sarawak yang berbakti kepada masyakarat dalam TOYM

KUCHING, 22 Mac: Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2024 menjadi platform terbaik bagi golongan belia mempamerkan kualiti dalam pelbagai aspek dan bidang menerusi sumbangan mereka terhadap komuniti.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata TOYM perlu memupuk budaya kepimpinan dan perkhidmatan cemerlang dalam kalangan masyarakat sekali gus menunjukkan potensi diri terlibat

Menurutnya, pencapaian individu tersebut diyakini mampu untuk menyumbang kepada masyarakat di sekeliling.

“Jadi semasa kita berkumpul di sini hari ini bukan sahaja meraikan pencapaian masa lalu tetapi juga bergerak ke hadapan untuk masa depan dengan memupuk budaya kepimpinan dan perkhidmatan yang cemerlang dalam masyarakat .

“Di mana individu diberi kuasa untuk mencapai potensi penuh mereka dan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2024 di Taka Pettesserie Saradise di Kuching pada Jumaat.

Dalam pada itu, Wee berharap penglibatan anak Sarawak dalam TOYM dipertingkatkan terutama dalam kalangan golongan bumiputera.

“Perlu ada inisiatif bagi menggalakkan setiap lapisan belia tanpa mengira budaya dan etnik untuk mencalonkan diri pada acara berprestij tersebut.

“Dengan belia memfokuskan untuk uar-uarkan berkenaan anugerah ini kepada setiap lapisan masyarakat termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Mereka yang anda rasa anda layak dalam berkhidmat anda perlu mencalonkan diri sendiri, tiada salahnya jangan segan kerana ini yang kami ingin tunjukkan kepada orang ramai bahawa masyarakat ini harus bagaimana.

“Untuk generasi yang akan datang, anda perlu gallakkan penyertaan daripada golongan bumiputera teruatama anak Sarawak,” katanya.

Terdahulu, penerima TOYM adalah termasuk Tan Sri Michelle Yeoh, Datuk Pandelela Rinong Pamg, Datuk Lee Chong Wei dan Prof Madya Dr M Iqbal Saripan. -TVS

TOYM merupakan anugerah pengiktirafan kepada belia atau warga Malaysia berumur antara 18 hingga 40 tahun, yang menghasilkan pencapaian luar biasa dalam bidang profesion masing-masing.

Antara 10 kategori anugerah yang ditawarkan termasuk ekonomi, politik, kepimpinan, kebudayaan, agama, sumbangan kepada kanak-kanak dan hak asasi manusia, khidmat sukarela, pembangunan saintifik, pembangunan diri dan inovasi perubatan.

TOYM yang diperkenalkan Junior Chamber International (JCI) Malaysia pada tahun 1985 dan kemudiannya dianjurkan sebagai antara bertujuan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang individu dalam kerjaya atau sumbangan mereka kepada masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan